FREE EXPRESS SHIPPING
FAST DELIVERY IN 1-5 WORKING DAYS
Your Cart

Oops, your cart is currently empty.

Continue Shopping
SKIN, BEAUTY 9th of July 2020

5 Tips Untuk Mencerahkan Kulit Tanpa Solekan

Pernah impikan kulit sempurna apabila anda bangun tetapi secara realiti ia tidak berlaku? Pada masa yang sama, anda tidak selalu mempunyai masa untuk memakai solekan untuk mencapai wajah muka yang sempurna. Oleh itu, berikut adalah 5 cara yang mudah untuk memastikan kulit anda kelihatan cerah, licin dan bercahaya! 

#1 BERSIHKAN KULIT ANDA

Bekerja dan tinggal di kota yang sibuk juga bermaksud kulit kita akan lebih terdedah kepada udara tercemar yang mengandungi zarah-zarah kecil, seperti kotoran yang menimbulkan radikal bebas pada kulit. 

Radikal bebas merosakkan kolagen kulit dan merangsang pengeluaran pigmentasi dan kedutan dari masa ke masa, ia juga menyebabkan tona kulit yang kusam dan tidak rata.

Peraturan asas untuk mencapai kulit yang berseri adalah elakkan tidur dengan solekan pada muka anda dan selalu mencuci muka anda dua kali sehari (pagi dan malam).

#2 URUT MUKA

Pakar kecantikan menasihatkan bahawa anda harus meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit pada pagi dan malam untuk mengurut muka anda bagi mengoksigenkan tisu dan menghilangkan toksin.

Ini adalah kaedah yang baik untuk melegakan muka serta otot kulit anda dan merangsang aliran darah yang mendorong kulit yang lebih cerah dan muda.

Mulailah mengurut wajah anda dengan gerakan bulat kecil, dari tengah muka ke luar kemudian teruskan dengan rutin penjagaan kulit anda! 

#3 MINUM AIR DAN KEKAL TERHIDRAT

Tanpa penghidratan yang betul, kulit anda akan kelihatan kusam. Bayangkan belon yang kembung (ia tidak bersinar berbanding dengan belon yang melambung tinggi kan? Tepat!).

Ia adalah penting untuk mengisi semula lipid dan menyuburkan badan anda dengan meminum lebih banyak air. Mungkin anda boleh memulakan praktis ini dengan membawa botol air untuk pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari.

#4 KONSUM MAKANAN YANG KAYA DALAM CYSTEINE

Anda mungkin berfikir apa itu Cysteine? Ia dikenali sebagai salah satu asid amino. Bersama dengan dua asid amino lain (Glutamin dan Glisin), ia dapat menghasilkan dan mengisi semula Glutation!

Jadi apa itu Glutation? Ia adalah antioksidan terpenting dalam badan yang membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan tisu dalam badan anda.

Untuk kulit yang cantik dan bercahaya, anda boleh mengambil sejumlah besar makanan yang mengandungi Cysteine ​​seperti sayur-sayuran, telur, yogurt rendah lemak, biji bunga matahari dan banyak lagi.

#5 AMBIL AG-FACTOR™ SEBELUM TIDUR SETIAP MALAM

Untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kulit kusam, anda perlu mengambil makanan yang betul untuk kulit dan badan anda.
.
AG-FACTOR™ dibungkus dengan Cysteine ​​Peptide yang diekstrak daripada Gred A protein whey.

Cysteine ​​Peptide membolehkan badan kita menghasilkan Glutation dan Kolagen sendiri secara semula jadi, melindungi sel daripada kerosakan oksidasi, dan menghasilkan Pheomelanin untuk mencerahkan kulit. 

Dapatkan tona kulit yang lebih cerah dengan mengambil 2 kapsul
AG-FACTOR™ sehari sebelum tidur! 

By EY

Related Articles

Meet The Complete Acne Solution Kit
SKIN

Meet The Complete Acne Solution Kit

20th of August 2021

How To Get The Best Out Of The No.1 Skin-Brightener
SKIN

How To Get The Best Out Of The No.1 Skin-Brightener

9th of July 2021

An All-Rounder SPF & Anti-Aging Protector
SKIN

An All-Rounder SPF & Anti-Aging Protector

8th of July 2021