FREE EXPRESS SHIPPING
FAST DELIVERY IN 1-5 WORKING DAYS
Your Cart

Oops, your cart is currently empty.

Continue Shopping
Skin, Beauty 12th of January 2021

Apa Yang Anda Tahu Mengenai Jerawat Hormonal

Disini adalah beberapa tips untuk anda periksa dan cara untuk melawannya.

Ketika mencapai akil baligh, kemunculan blackhead, whitehead dan jerawat adalah perkara biasa bagi semua orang. Walau bagaimanapun, masalah jerawat boleh menjadi sangat sukar untuk dirawat ketika anda telah menjangkau umur remaja, terutamanya bagi para wanita, ini mungkin boleh menjadi penyebab jerawat hormonal.

“Apa perbezaan jerawat hormonal dari jerawat normal?”

Terdapat beberapa ciri-ciri utama jerawat hormonal. (Psst..anda mungkin memerlukan cermin untuk memeriksanya!)

Pertama, jerawat hormonal biasanya tumbuh di bahagian bawah muka, yang merangkumi bahagian bawah pipi dan sekitar rahang. 

Kadang kala, jerawat hormonal datang dalam bentuk blackhead, whitehead, papula, sista, dan bahkan nodul. Sista (cysts) atau nodul (nodules) akan terbentuk jauh di bawah permukaan kulit, dan tanpa kepala di permukaannya biasanya berwarna merah dan meradang yang akan menyebabkan parut dan sakit apabila disentuh (aduh..)

Jerawat hormonal serupa dengan kitaran haid wanita, ianya muncul setiap bulan dan mungkin muncul di tempat yang sama. Jerawat hormonal adalah turun naik kadar estrogen dan progesteron yang dihasilkan oleh tubuh anda, dan ianya berbeza sepanjang bulan kitaran haid. 

Selain itu, nisbah estrogen dan progesteron akan mempengaruhi tahap testosteron didalam tubuh kita, yang lalu menyumbang kepada penyumbatan pori dan mencetuskan breakouts dengan peningkatan pengeluaran sebum. Ketika anda mengalamai tekanan, hormon stress juga boleh menyebabkan jerawat hormonal. 

Sekarang anda telah faham musuh anda, berikut adalah kaedah untuk memeranginya! 

#1 Tendang Jauh Jerawat Yang Menjengkelkan

Kami tahu hidup dengan jerawat boleh memberikan stres dan menurunkan konfiden level kita, apa yang lebih teruk dari itu? Apabila anda cuba untuk menutup cela tersebut dengan concealer, kulit anda mencairkannya dengan segera apabila berminyak! 

Sekiranya anda mempunyai bonjolan besar, concealer sama sekali tidak akan membantu! Sudah tiba masanya untuk memilih corrector jerawat dari concealer! Yang anda perlukan hanya pejuang jerawat yang hebat! - PRAVENTAC™️!

PRAVENTAC™ adalah makanan tambahan yang mengandungi Bovine-Sourced Lactoferrin. Ini adalah penyelesaian yang tangkas bertindak dalam membersihkan bakteria penyebab jerawat dan menghilangkan bekas jerawat untuk menghalus dan membersih kulit. Sasarannya adalah semua jenis jerawat papula, pustula, dan termasuk kista berisi nanah yang besar! (aduh..kita tahu betapa sakit rasanya!)

#2 Mengimbangkan Ketidakseimbangan Hormon

“Tapi.....macam mana nak seimbangkan hormon yang tak seimbang?” 

Anda tidak memerlukan skala untuk mengimbangkan hormon anda. Yang ada perlukan hanya dua kapsul AG-FACTOR™️ untuk mengatasi jerawat hormonal dengan meningkatkan kesihatan organ hati kepada lebih baik! 

Setiap kapsul AG-FACTOR™️ kaya dengan Cysteine Peptide yang membolehkan badan kita berfungsi dengan lebih cerdas untuk menghasilkan Glutation dan Kolagen dengan sendirinya.

Adakah anda tahu bahawa Glutation banyak ditemukan di organ hati kita? Glutathione adalah antioksiden kuat yang melindungi tubuh kita dari kesan penuaan. Ia juga memainkan peranan penting dalam memecahkan toksin dan menyeimbangkan hormon badan kita, yang juga boleh mencegah penumbuhan jerawat. 

Lebih-lebih lagi, AG-FACTOR™️ dapat mencerahkan parut jerawat dan mengurangkan kemerahan jerawat yang disebabkan oleh keradangan. Ia juga dapat memberikan tona warna yang lebih sekata dan berseri! 

“Jadi...Adakah lebih baik jika saya menggunakan AG-FACTOR™️ sekali dengan PRAVENTAC™️?”
Ya! Apabila digunakan bersama, kedua-dua produk ini akan memberikan perawatan kulit secara menyeluruh untuk anda bersihkan jerawat dari luar dan dalam!

#3 Gunakan Produk Penjagaan Kulit Yang Betul 

Sudah tiba masanya untuk kita buang exfoliator mikroba, pelembap bertekstur krim, dan krim jerawat yang kasar! 

Apabila anda mempunyai jerawat merah yang sedang meradang, kemudian anda menggunakan mikroba di muka, anda mungkin akan melukakan permukaan kulit anda dan menyebabkan jerawat anda bertambah teruk. 

Yang anda perlukan adalah ComeMinus®, serum yang diformulasikan secara semula jadi untuk mengecilkan liang pori untuk mengelakkan pembentukan komedo (blackhead, whitehead), dan sebum berlebihan. Ia mengandungi AHA ringan (asid glikolat) yang bagus untuk “melepaskan” ikatan yang menahan kulit mati dan kusam di permukaan kulit yang boleh menyebabkan pori-pori dan jerawat yang tersumbat. 

Kedua, yang kita maksudkan dengan tekstur krim ialah pelembap yang mempunyai tekstur yang lebih tebal. Ianya sangat baik untuk dijadikan penghalang untuk membantu mencegah kehilangan kelembapan kulit, tetapi ianya mungkin tidak sesuai untuk kulit yang berminyak dan selalu berjerawat. 

Sebabnya, pelembap yang lebih tebal mungkin tidak dapat meresap ke lapisan dalam dan mungkin menyumbat liang pori yang kemudiannya menyebabkan lebih banyak jerawat. 

Jadi, jenis pelembap apa yang sesuai untuk kulit yang berjerawat?

Jawapannya, sentiasa pilih pelembap yang ringan! Anda boleh menimbangkan XeroMinus® - Pelembap yang disukai oleh semua orang! 

XeroMinus® adalah rawatan penghidratan pengganti kulit yang diformulasikan secara unik, yang dibuat dari bahan yang optimum agar bebas minyak dan mudah diserap kulit.

Selain itu, ia bertindak ke beberapa lapisan kulit untuk menenangkan kulit dan mencegah kerosakan lebih tanpa menyumbat liang pori! Ia juga dapat membantu memudarkan parut jerawat dan meningkatkan pembaharuan sel-sel kulit agar proses penyembuhan semula jadi kulit dipercepat.

Terakhir sekali, anda memerlukan rawatan jerawat yang lembut tetapi juga berkesan untuk menghilangkan jerawat yang menjengkelkan dan noda degil lain dengan AcneMinus®.

Ia adalah “spot treatment” yang soothing dan berkesan mengatasi breakouts dan menyembuhkan cela hanya dalam 3-7 hari, memberi anda kulit cerah dan bebas jerawat seperti yang anda impikan!

#4 Gaya Hidup Sihat

Ya! Selain supplemen tambahan dan penjagaan kulit yang dapat membantu memerangi jerawat hormonal, gaya hidup yang sihat juga amat penting! 

Anda tidak boleh berjaga sepanjang malam lalu mengharapkan kulit licin dan bebas jerawat! Tanpa makanan yang sihat dan tabiat tidur yang baik, ia sedikit sebanyak akan melambatkan proses dan menyebabkan breakouts.

Kita perlu mendapat rehat yang cukup dari 7-8 jam setiap hari agar badan kita dapat membina semula tisu kulit dan mengurangkan toksin. Yang paling penting, kita harus tidur sebelum 1am setiap hari kerana ini adalah masa organ hati membersihkan toksin dari badan, yang berfungsi dengan membersihkan darah dan memproses sisa, jadi tanpa waktu tidur yang betul ia akan menyebabkan penumbuhan jerawat dan kulit kusam. 

Sementara itu, apabila anda mengambil AG-FACTOR™️, ia akan bertindak secara magik menyahtoksik darah di organ hati kita dengan lebih efektif, dan menghasilkan kulit yang lebih bersih dan halus!

Senaman sangat penting untuk tubuh kita dan dapat membantu mengurangkan ketidakseimbangan hormon. Apabila badan kita aktif melakukan aktiviti fizikal, ia akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan hormon berlebihan yang boleh mengurangkan tubuh dari merangsang kelenjar minyak sehingga menyebabkan jerawat.

Akhir sekali, minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk mempercepat proses dan membuang toksin dalam badan! 

Sekarang, anda telah cukup kebal untuk memerangi jerawat hormonal yang menganggu anda!



Baca lanjut:


By: Lyana Chua

Related Articles

Meet The Complete Acne Solution Kit
SKIN

Meet The Complete Acne Solution Kit

20th of August 2021

How To Get The Best Out Of The No.1 Skin-Brightener
SKIN

How To Get The Best Out Of The No.1 Skin-Brightener

9th of July 2021

An All-Rounder SPF & Anti-Aging Protector
SKIN

An All-Rounder SPF & Anti-Aging Protector

8th of July 2021