Ingat bagaimana kulit anda kelihatan dan terasa ketika anda masih kecil? Selembut bayi, licin, anjal dan bercahaya? Kita pasti tahu apa itu "kulit yang sihat" namun berpijak di dunia nyata, semakin bertambah usia, kulit kita mungkin kelihatan dan terasa berbeza daripada sekarang.
Daripada hanya menantikan masalah untuk berlaku, dengan mempunyai permulaan yang tepat pasti dapat melambatkan proses penuaan walaupun ianya tidak dapat dielakkan. Pakar mengesyorkan agar kita mula menggunakan produk anti-penuaan seawal usia 20-an kerana inilah masanya kulit akan perlahan-lahan mula kehilangan kolagen. Bersyukurlah kerana terdapat banyak cara untuk mencegahnya dan memastikan kulit kita kekal awet muda untuk jangka masa yang lama.